Lollipop

Monday 7 March 2016





JABATAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SESI
DIS 2015
KOD KURSUS
DUA 2012
NAMA KURSUS
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN  DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH
PUAN SURAINI BIN  HJ RIPIN
TAJUK
5 PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KELAS
DIS 2B
NAMA PELAJAR 1
AMIRA SYAFIQAH BINTI AZMAN
ID MATRIK
25DIS15F1012
NAMA PELAJAR 2
MUHAMMAD HAIKAL BIN BADRUL MUNIR
ID MATRIK
25DIS15F1074
NAMA PELAJAR 3
MUHAMMAD AMIR HAMZAH BIN MOHD ARIFF
ID MATRIK
25DIS15F1066
ISI KANDUNGAN

BIL.
TAJUK
1.
Penghargaan
2.
Pendahulan
3.
Definasi Prinsip Etika Islam  Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan  

4.
Perlaksanaan Prinsip Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

3.1   Menghasilkan Penemuan Sains,Teknologi dan Kejuruteraan        Yang Memberi Manfaat Kepada Keselesaan

3.2   Menggunakan Sains,Teknologi dan Kejuruteraan Yang Memberikan Nilai Tambah Kepada Peningkatan Kualiti

3.3   Melakukan Eksperimen Dengan Bijaksana Tanpa Niat Jahat

3.4   Keperluan Mempertahankan dan Memelihara Agama,Bangsa dan Negara

3.5   Menghubungkan Semua Kegiatan Dengan Alam Metafizik
9.
Kesimpulan
10.
Rujukan
11.
Lampiran

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kami  pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat dan Keselamatan telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA 2012) berdasarkan tempoh yang telah diberi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Suraini binti Hj. Ripin selaku pensyarah sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan sepanjang saya menjalankan projek ini. Beliau telah memberikan kerjasama dan bimbingan yang amat baik.

         Pada kesempatan ini juga , kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya blog kerja kursus ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta,ibu dan bapa kami kerana telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang projek ini dijalankan.

Sekalung budi juga buat rakan-rakan kumpulan kami  yang sudi meluangkan masa yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini.Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya projek ini.Hanya ALLAh yang mampu membalas jasa baik semua.Sekian,terima kasih.


PENDAHULUAN
         
Etika, sains dan teknologi dalam Islam adalah  frasa yang diibaratkan satu simpulan erat yang tidak mungkin mampu dipisahkan. Ketiga-tiga unsur ini diinspirasikan daripada Al-quran dan As-Sunnah dan telah terlebih dahulu diamalkan oleh umat para Anbiya’ sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW. Setelah kedatangan Islam yang hadir untuk melengkapkan agama-agama yang lain, etika, sains dan teknologi semakin berkembang pesat dan maju. Manusia semakin giat menjalankan kajian untuk menambah baik nilai kehidupan.Penciptaan kapal terbang, penerokaan ke ruang angkasa, penemuan fosil dan sebagainya menarik minat lebih ramai individu untuk mendalami ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang sememangnya luas.

Namun begitu, sejurus dengan arus permodenan yang dicapai, manusia semakin terlupa akan hakikat sains dan teknologi yang sentiasa terikat dengan etika PenciptaNya. Islam tidak mengahalang umatnya untuk sentiasa mengembangkan ilmu pengetahuan. Namun begitu, jika ianya tidak disandarkan kembali kepada dua petunjuk utama, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, sudah pasti, segala kejayaan dan penemuan dalam cabang ilmu ini tidak mampu diraih sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, etika, sains dan teknologi haruslah bergerak seiring di atas jalan kebenaran yang telah Islam gariskan.

Akhir sekali, prinsip perlaksanaan Islam amat menitik berat tentang pemeliharaan hubungan sesame kaum,bangsa dan negara. Kita sebagai umat Islam haruslah memegang prinsip perlaksaan etika menurut Islam supaya hidup dalam aman dan harmoni.

         

Sunday 6 March 2016

DEFINISI PRINSIP ETIKA ISLAM  DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Etika  berasal dari bahasa Yunani, yang membawa maksud kebiasaan atau adat. Istilah etika pertama kali dalam sejarah yang tertulis diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani, Aristoteles melalui karyanya yang berjudul Etika Nicomachiea. Buku tersebut berisikan tentang ukuran ukuran perbuatan. Ditinjau dari sudut asal katanya, etika adalah kajian terhadap kebiasaan manusia. Dalam penemuan tersebut, etika tidak hanya membahas kebiasaan yang semata mata berdasarkan sebuah tata cara tetapi juga membahaskan kebiasaan (adat) yang diamalakan oleh sesuatu kelompok masyarakat sehingga dapat dikatakan bahawa yang hendak diketahui dengan penyelidikan oleh etika itu sendiri adalah kebiasaan kebiasaan dari sudut moral atau tatasusila. Oleh hal yang demikian, etika sering ditafsir sebagai kajian mengenai baik buruk dalam tingkah laku manusia.

Beberapa ahli sastera mengatakan bahwa etika sendiri adalah cabang falsafah yang mempelajari tentang pandangan-pandangan dan persoalan-persoalan yang berhubungan dengan masalah kesusilaan (moral issue) sehingga dapat  disebut bahawa etika adalah penyelidikan yang dilakukan dengan bijaksana atau penyelidikan falsafah terhadap kewajiban kewajiban manusia dan segala hal yang baik dan buruk.

Akhir sekali,etika menurut islam disebut akhlak. Berasal dari bahasa Arab al-akhlak yang merupakan dari al-khuluq yang bererti budi pekerti, tabiat atau watak yang tercantum dalam al-qur’an sebagai pertimbangan. yang menjadi dasar penetapan keputusan dan peraturan.Selain itu,etika bermaksud tingkah laku yang baik dan hidup bahagia.Ia satu pakej panduan yang mengurus sesuatu perkara secara terbaik.


Firman Allah : Maksudnya : “ Sesungguhnya engkau Muhammad berada di atas budi pekerti yang agung” (  Al-Qalam: 4)



























Kisah Penemuan Sains Dalam Al-Quran
               

     Penemuan khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “ Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat”. Selain itu,minyak zaiton berperanan menambah zat makanan,mencuci dan membaik pulih perut,membantu sedikit sebanyak pensyakit gastrikda mereka yang mengalami masalah buah pinggang.


Sehubungan itu,kelebihan susu ibu disebut oleh Allah S.A.W dalam surah Luqman ayat 14 “ Antara kelebihan susu ibu ialah mengandungi zat makanan “. Dalam nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan menyusu ibunya sahaja.


FIRMAN ALLAH :

Katakanlah: “Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman. ” (QS Yunus : 101)

































Peranan Al-Quran Yang Telah Menyumbang Dalam Beberapa Bidang Kejuruteraan 

            Proses pembentukkan besi telah disebut dalam Al-Quran.Firman Allah S.W.T yang bermaksud “ Dan kami telah menurunkan besi,padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat kepada manusia” (Surah Al-Hadid :25 )

            

         Manfaat besi kepada manusia adalah dapat membangunkan bangunan dengan menggunakan besi sebagai rangka bangunan,tiang bangunan,bilah kipas dan sebagainya. Pembuatan sistem longkang dan peparitan untuk melancarkan perjalanan air ke rumah dan air sekelilingrumah dan berfungsi terutamanya dalam mengelakkan takungan air yang boleh menyebabkan banjir.